U likes to click it~ click it~ She likes to click it~ click it~ Everybody likes to? CLICK IT~Tabung Kawen No.1

Assalammualaikum Bloggers :)

Ilmu Allah itu begitu luas,dan semua ilmu itu bukan hak milik mutlak kita. Jadi janganlah kita mendabik dada mengatakan akulah yg menemukan ilmu itu. Kita cuma menyampaikan :)

Di Kemaskini Pada 6 June 2010-Sebarang Komen Sila Tinggalkan di Shoutbox.TQ


Iklan percuma selama 5 jam disini! Tidak perlu daftar, ada ruang iklan yang kosong, korang sebat aje lah! Saiz Iklan: 100 x 100. Klik gambar 'Advertise Here' untuk memuatnaik iklan anda. Kalau ada banyak blog, sila letak satu je, kasi peluang kat orang lain nak letak.

Masuk Syurga Kerana Bulu Mata. Kenapa?


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yang memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan biasa, "Saya yang merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

SubhanAllah !

[ P/s : Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dan Pintu Taubat-Nya Sentiasa Terbuka pada Hamba2-Nya ]

kyosingcat.blogspot.com

39 comments:

Syed Abu Zulfadhli al-Qadrey said...

salam...minta kebenaran untuk ana berkongsi artikel ni di blog ana bleh?...entri yg cukup menarik!!!

++***hana zaty**++ said...

tq lawat blog hana..jemput baca perkongsian yang tercatat disana.

n sgt besh bace perkongsian yang kmoo tlis nih! siyesly! buat bnyk post cmni lagi taw!heeee

Unknown said...

aku kurang pasti nak komen apa.. hahaha..

Tapi aku tinggal komen jugaklah.

"KOMEN"

hahaha......




Kyooo.. Serius ni.

Very informational entri. Tabik!

Kyosingcat said...

Thx Sumer :) Kita manusia neh hidop mmg xpnah terlepas dari buat kesilapan tol x. Kyo cuma tolong sesama kita ingat mengingatkan, harap x tersasar terlalu jauh (n___n)v

@ ~Ann~ nko neh kelakar daaa Haha

@ Kepade semua yg komen, TQ Very Much :)

balqis said...

wow, nice entry. subhanallah, Allah maha Pengampun ^_^

kaktun said...

entri yg sangat bagus, memberikan kesedaran pada semua umat :)

IKLAN PERCUMA said...

SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENYANYANG LAGI MAHA PENGAMPUN..KITA SEBAGAI HAMBA LAKSANAKANLAH SEGALA PERINTAH NYA DENGAN TEKUN DAN IKHLAS.

Miss Appleijo said...

nice blog..n nice posting..thanks ekk lalu lalang kat my blog..lain kali lalu lagi k

unGu said...

hihi... budak ni ade soul dalam penyampaian... praise to god k?

Nurina Izzati said...

assalamualaikum..
bestnyer cita nih..
nak minta kbnrn tuan blog tuk copy entry nie kalau diizinkan..

omaQ said...

mmg menarik.. ana pinjam masukkan dalam blog ana no.. http://www.omaQ.org

aleng said...

ya Allah ampunkanlah dosa hambamu ini..

Diane said...

saya rasa nak komen setiap entri awak. semuanya bagus2 baik2 menarik2..
may ALLAH bless you.. :)