U likes to click it~ click it~ She likes to click it~ click it~ Everybody likes to? CLICK IT~Tabung Kawen No.1

Assalammualaikum Bloggers :)

Ilmu Allah itu begitu luas,dan semua ilmu itu bukan hak milik mutlak kita. Jadi janganlah kita mendabik dada mengatakan akulah yg menemukan ilmu itu. Kita cuma menyampaikan :)

Di Kemaskini Pada 6 June 2010-Sebarang Komen Sila Tinggalkan di Shoutbox.TQ


Iklan percuma selama 5 jam disini! Tidak perlu daftar, ada ruang iklan yang kosong, korang sebat aje lah! Saiz Iklan: 100 x 100. Klik gambar 'Advertise Here' untuk memuatnaik iklan anda. Kalau ada banyak blog, sila letak satu je, kasi peluang kat orang lain nak letak.

Dilema Apartmen

Dilema apartmen
PETALING JAYA: Bukan satu atau dua, tetapi lima rumah dipecah masuk dalam masa kurang 24 jam ketika penghuninya bekerja.

Ini dilema dihadapi pemilik rumah di Apartmen Lestari, Damansara Damai, dekat sini, apabila mendakwa tidak tenteram berikutan kes pecah rumah yang serius di kawasan itu.


Tinjauan Metroplus di kawasan terbabit mendapati penghuni sudah membaiki tingkap, pintu dan kunci rumah yang dirosakkan akibat cubaan memecah masuk oleh pencuri dua minggu lalu.


Penduduk yang ditemui turut mendakwa kemungkinan pencuri di kalangan warga asing dan mempunyai dalang orang tempatan berikutan kecekapan mereka mengenal pasti rumah yang bakal dipecah masuk terutama yang tidak berpenghuni.


Mangsa, Zulkifly Saad, 45, berkata kejadian pecah rumah berlaku seawal jam 6 pagi apabila penghuni pangsapuri terbabit keluar mencari rezeki.


“Rumah saya hampir dipecah masuk ketika saya tidur manakala isteri pula bangun untuk menyusukan anak dan saya bekerja syif malam pada hari berkenaan.


“Isteri memanggil saya apabila terdengar gegaran kuat pada pintu pagar rumah seperti ada orang cuba membukanya.


“Namun, apabila menyedari saya keluar, pencuri terbabit melarikan diri bersama kunci rumah yang sudah dibuka,” katanya.


Bagaimanapun, katanya pencuri itu tidak serik apabila datang kembali untuk memasuki rumahnya apabila melihat dia turun ke tingkat bawah untuk membuang sampah.


“Saya sengaja tidak menutup pintu ketika turun untuk membuang sampah kerana isteri saya ada di dalam mengemas rumah,” katanya.


Isterinya, Khatijah Ali, 27, berkata dia menjadi trauma dengan kejadian berkenaan sehingga memaksanya membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan keluarga dan penduduk setempat terjamin.


“Saya takut pencuri itu datang lagi kerana dia gagal memasuki rumah saya. Tambahan pula, jadual kerja suami saya tidak menentu,” katanya.


Selain itu, Khatijah berkata, kebanyakan rumah yang menjadi sasaran pencuri terbabit terletak paling hujung berhampiran tangga untuk memudahkan mereka melarikan diri jika diserbu.

Dia mendakwa, ada penghuni yang diacukan parang ketika rumah mereka dipecah masuk, malah barang berharga seperti barang kemas dan wang ringgit dibawa lari.


Najmuddin Omar, 38, pula berkata ahli jawatankuasa blok terbabit pernah membuat pemeriksaan mengejut di sebuah rumah disewa warga Myanmar dan menemui selonggok beg tangan wanita di dalam rumah terbabit.


“Kami jumpa beg tangan wanita yang disimpan di dalam sebuah bilik, namun kami tiada bukti kukuh untuk membuat tuduhan ke atas mereka kerana maklumat penduduk juga kurang tepat,” katanya.

1 comments: