U likes to click it~ click it~ She likes to click it~ click it~ Everybody likes to? CLICK IT~Tabung Kawen No.1

Assalammualaikum Bloggers :)

Ilmu Allah itu begitu luas,dan semua ilmu itu bukan hak milik mutlak kita. Jadi janganlah kita mendabik dada mengatakan akulah yg menemukan ilmu itu. Kita cuma menyampaikan :)

Di Kemaskini Pada 6 June 2010-Sebarang Komen Sila Tinggalkan di Shoutbox.TQ


Iklan percuma selama 5 jam disini! Tidak perlu daftar, ada ruang iklan yang kosong, korang sebat aje lah! Saiz Iklan: 100 x 100. Klik gambar 'Advertise Here' untuk memuatnaik iklan anda. Kalau ada banyak blog, sila letak satu je, kasi peluang kat orang lain nak letak.

Kisah di Sebalik Penjara Pudu...


Kisah ni betul2 terjadi.....takut seh....patut la penjara tu macam menyeramkan.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'.

Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Dia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang dia mengamati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Dia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu dia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah dia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya dia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Dia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu!! Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa"  Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa. Hehehehehee.............. time kaseh sebab dengan kusyuknya korang baca.

kyosingcat.blogspot.com

5 comments:

Hafizah Mohamad said...

oh seb baek aku amik tindakan bijak tuk bace perenggan akhir jek.. ahahhaha

[padahal dh penah kena]

demittt u~

misznovelungu said...

haha...seerrraammm....aku xbc pom.takot nk baca..haha..maen post aje...tapi bile mr kyo letak label kelakar...baru la aku baca..huhu

syanafwc said...

demi more tul lah ko ni amang...bapak seram tulll..pangggg