U likes to click it~ click it~ She likes to click it~ click it~ Everybody likes to? CLICK IT~Tabung Kawen No.1

Assalammualaikum Bloggers :)

Ilmu Allah itu begitu luas,dan semua ilmu itu bukan hak milik mutlak kita. Jadi janganlah kita mendabik dada mengatakan akulah yg menemukan ilmu itu. Kita cuma menyampaikan :)

Di Kemaskini Pada 6 June 2010-Sebarang Komen Sila Tinggalkan di Shoutbox.TQ

Iklan percuma selama 5 jam disini! Tidak perlu daftar, ada ruang iklan yang kosong, korang sebat aje lah! Saiz Iklan: 100 x 100. Klik gambar 'Advertise Here' untuk memuatnaik iklan anda. Kalau ada banyak blog, sila letak satu je, kasi peluang kat orang lain nak letak.

Bertaubat Selepas Melihat Gagak. Kenapa?


Dikisahkan bahawa Ibrahim bin Adham bertaubat adalah kerana, pada suatu hari dia keluar memburu, setelah lama dia berada di atas kudanya maka dia pun berhenti dan mengeluarkan bekal makanannya untuk dimakan.Sedang dia makan tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar rotinya dan terus terbang.

Melihat keadaan itu maka Ibrahim bin Adham pun naik ke atas kudanya lalu mengejar burung gagak tersebut. Akhirnya burung gagak itu hilang dekat gunung, maka Ibrahim bin Adham pun mendaki gunung tersebut dan didapatinya burung gagak itu berada dekat seorang yang mana kedua kaki dan tangannya di ikat.

Apabila Ibrahim bin Adham melihat orang itu maka dia pun membuka ikatan orang itu dan bertanya : “Bagaimana kamu boleh berkeadaan begini ?”
Maka berkata orang itu : “ Sebenarnya aku adalah seorang pedagang, aku telah di rompak oleh perompak dan mereka mengikat aku dan membiarkan aku bergini, aku berkeadaan begini sudah tujuh hari , dengan pertolongan Allah S.W.T maka burung gagak inilah yang selalu membawa makanan kepadaku , dia bertenggek di atas dadaku dan memotong-motong roti dengan paruhnya dan memasukkan ke dalam mulutku.”
Sesungguhnya Allah S.W.T tidak membiarkan aku lapar.

Setelah itu Ibrahim bin Adham pun bertaubat kepada Allah S.W.T, maka mulai itu dia tidak lagi memakai pakaian kebesarannya dan dia memakai pakaian sufi serta dia memerdekakan semua budaknya dan mewakafkan (sedekah) semua tanah dan hak miliknya, kemudian dia mengambik tongkat menuju ke kota Mekkah tanpa membawa apa-apa bekal dan kenderaan dengan berserah kepada Allah S.W.T.Dia tidak fikir sama sekali akan hal bekalan tetapi sebaliknya dengan kehendak Allah S.W.T dia tidak merasa lapar sehingga dia sampai di kota Mekkah.

P/s : Betapa Allah itu tidak pernah membiarkan hamba2-NYA yang dalam kesusahan, Kyo.

kyosingcat.blogspot.com

14 comments:

aleh said...

Hidup ini perlu sentiasa bertawakal kepada ALLAH, kita usaha namun ALLAH yg tentukan..

Anonymous said...

good entry, sungguh diri ini insaf..

ceritasekupang said...

terima kasih sbb kongsi...
Allah s.w.t tidak pernah lupa pada hambaNya tetapi hambaNya yang selalu melupakaNya...

akmal hacks said...

bgus kyo..teruskan lg entri camni..gua suke

Affan Ruslan said...

Salam ziarah.
Sebenarnya apa2 pun blh jadi asbab hidayah :)

ku_Merpati said...

Salam..Allah sentiasa berada di sisi kita

fauzuskamaruddin said...

Allah selalu membantu hambanya dalam kesusahan cume kadangkala kita yang tidak ingat pada Nya..insaf juga utk diri saya...

hakikat said...

Ringan-ringan fikiran! Teruskan dengan artikel yang sebegini! Jika saya nak petik sebarang artikel dari blog ini, boleh tak?